Wednesday, December 10, 2008

::PIAGAM PELANGGAN

Mewujudkan budaya ilmu yang cemerlangMemberikan peluang pendidikan yang sebaiknya kepada semua pelajar.Memastikan staf yang mencukupi,berdedikasi, produktif dan bertanggungjawab.Menyediakan persekitaran dan kemudahan yang sesuai untuk Pengajaran dan Pembelajaran.Memupuk sahsiah pelajar supaya berdikari, dinamik, produktif, inovatif dan berakhlak.Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan pelawat.

::VISISMK Tat Beng
Sebagai pusat kecemerlangan Ilmu, Kemahiran dan Sahsiah sebelum tahun 2010. ::MISIMelahirkan pelajar yang cinta kepada sekolahMelahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, dan berakhlak untuk keperluan negara.Memupuk keharmonian di kalangan warga sekolah.Mewujudkan iklim pembelajaran yang memberangsangkan.Menggilap potensi diri pelajar.

::MOTOPENGETAHUAN SULUH KEHIDUPAN

::FALSAFAH SEKOLAH
Sentiasa patuh kepada tuhan.Mempunyai azam dan wawasan.Kekalkan budaya gemilang. Taat kepada peraturan dan undang-undang.Berilmu, beramal dan beriman.


:: PENGETAHUAN SULUH BUDIMAN Cogan kata yang melambangkan bahawa pengetahuan merupakan asas yang kukuh untuk hidup bahagia.

:: PENGERTIAN LENCANA

WARNA PUTIH-Kepercayaan teguh kepada tuhan

MERAH-Melambangkan ketrampilan pentadbiran sekolahnin

BIRU-Melambangkan kesetiaan dan kekitaan di kalangan ahli keluargaSMKTB

OBOR-Melambangkan ilmu yang sentiasa berkembang

GELANG-Melambangkan perpaduan dan kecemerlangan dalam bidang sukan

:: BUDAYA SEKOLAH-Rajin berusahaBerilmu dan Beramal.Bersih dan Ceria.

:: OBJEKTIF SEKOLAH -1. Pelajar lulus dalam semua mata pelajaran.2. Sifar masalah disiplin.3. Pelajar berketrampilan.

:: MATLAMAT SEKOLAH- Melahirkan pelajar Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia.

Thursday, December 4, 2008








SEK.MEN.KEB.TAT BENG

Sejarah Tat Beng

SEJARAH TAT BENG

Pada tahun 1969, SMKTB dimulakan dengan rasminya. Ketika itu Cuma terdapat tiga buah blok. Sebelum tahun 1969, murid-murid dan guru-guru menumpang di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Rendah Temelok dan Sekolah Menengah Rendah Sungai Kerang. Tugas pentadbiran sekolah, masing-masing dikendalikan oleh seorang pengetua. Sekarang, kedua-dua buah sekolah itu dinamakan SRJK(C) Temelok dan SRJK(C) Sg. Kerang. Pada masa itu, ramai penduduk sekitar kawasan Trong seperti Kampung Temelok, Kampung Padang Gajah, Kampung Sg. Tinggi dan Trong ingin sekolah dibina di kampung mereka. Penduduk kampung Sg. Rotan juga mahukan tapak sekolah menengah dibina di Padang Gajah kerana ini akan memudahkan anak-anak mereka bersekolah. Oleh itu, Tuan Hj. Saad Bin Hj. Ahmad, PJK (salah seorang pengerusi AJK Lembaga Tadbir sekolah) ingin mendermakan tanahnya di Padang Gajah untuk tujuan tersebut. Beliau telah pergi ke Pejabat Pelajaran di Ipoh dan merayu agar sekolah itu dibina di Padang Gajah tetapi hasrat beliau tidak tercapai. Tambahan pula, penduduk di persekitaran Trong menentang cadangan lokasi tersebut kerana kedudukannya yang agak jauh.
Pada tahun 1969, seorang dermawan iaitu En. Ng Shye Kiat yang memahami keperluan penduduk sekitar kawasan Trong dengan murah hati telah mendermakan tanah miliknya di Sg. Nyior untuk tujuan pembinaan sekolah. Oleh kerana kawasan ini strategik, pembinaan sekolah di sini dipersetujui oleh penduduk tempatan. Akhirnya tersergam indah bangunan sekolah ini di Sg. Nyior. Sekolah ini dinamakan sempena nama mendiang En. Yeoh Tat Beng, wakil rakyat kawasan Bruas ketika itu. Bangunan sekolah ini mula beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Tat Beng.Dari tahun 1969 hingga tahun 1981, sekolah ini beroperasi sebagai sekolah menengah rendah sahaja iaitu bagi menampung pelajar Peralihan hingga Tingkatan 3. Jumlah pelajar pada waktu itu hanyalah 153 orang sahaja. Pada tahun 1982, bilangan pelajar bertambah. Ini disebabkan Sekolah Menengah Tengku Menteri, Changkat Jering tidak dapat lagi menerima kamasukan pelajar dari sekolah yang berkelulusan Tingkatan 3 untuk jurusan sastera Tingkatan 4. Untuk mengatasi masalah ini, Tingkatan 4 jurusan sastera diperkenalkan.Tingkatan 4 aliran Sains tidak dapat dijalankan di sekolah ini kerana kurang kelengkapan, peralatan mengajar serta tenaga pengajar. Pelajar-pelajar yang berjaya ke aliran Sains akan menyambung pelajaran mereka di Sekolah Menengah Tengku Menteri, Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin dan Sekolah Menengah King Edwards VII Taiping. Ada juga pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Vokasional dan ke SM Teknik.

Pada tahun 1983, buat kali pertamanya pelajar SM Tat Beng menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Keputusan peperiksaan tersebut agak membanggakan dengan pencapaian sebenar 52.1%. Pencapaian ini dikira sesuatu yang membanggakan memandangkan keadaan teknikal sekolah yang serba kekurangan mampu membuahkan hasil sebegitu. Pelajar yang berjaya dalam SPM menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin dan Sekolah Menengah King Edwards VII. Terdapat juga pelajar-pelajar ke pusat pengajian tinggi contohnya ITM, UTM, dan lain-lain lagi. Pada tahun 1984, bangunan sekolah ini diperluaskan iaitu dari tiga blok asalnya kepada tujuh buah blok termasuk sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan bentuk baru yang dibina dengan harga yang murah. Kalau ditinjau secara lebih dekat kedudukan SMKTB memang terpencil iaitu jauh dari sekolah-sekolah menengah yang lain di daerah ini. Ramai yang beranggapan bahawa sekolah ini ialah sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, walhal sebenarnya ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan, SMKTB seperti sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang lain mendapat bantuan penuh daripada kerajaan.


Sepanjang era 90 an, terdapat beberapa perubahan dan pertambahan dari segi fizikal antaranya ialah pembinaan sebuah bilik kebal pada tahun 1991 untuk kegunaan sekolah-sekolah sekitar Trong. Di bawah pentadbiran silih berganti lakaran sejarah baru dibuat dengan bermulanya kelas aliran Sains. Pada Tahun 2000, sebuah blok 2 tingkat untuk makmal sains dibina. Dua buah lagi blok baru SMKTB beserta Kompleks Rumah guru tersergam indah siap dibina dalam tahun 2002. Terdapat juga dua subjek Vokasional diperkenalkan kepada pelajar bermula tahun 2002 iaitu Pembinaan Domestik dan Rekaan Jahitan dan Pakaian untuk pelajar Tingkatan 4. Makmal komputer juga telah dibina pada tahun 2002. Kini SMKTB menjangkau usia 38 tahun dengan 874 orang pelajar, 59 orang staf akademik dan 9 orang staf sokongan. Mulai Tahun 2007, kami telah menerima kemasukan kumpulan pertama pelajar Tingkatan 6.